UNIT-UNIT

UNIT PENGURUSAN STRATEGIK

 PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN

  1. Mengurus dan menyelia pengurusan pentadbiran BTPN dan PKG
  2. Mengurus dan melaksanakan hal-hal yang berkaitan dengan pembangunan, keselamatan, penyelenggaraan dan kebersihan / keceriaan
  3. Mengawal selia pengurusan berkaitan dengan penggunaan kemudahan premis BTPN dan PKG
  4. Menyelaras tugas-tugas anggota kumpulan pelaksana BTPN dan PKG
  5. Mengawal selia semua rekod dan maklumat perkhidmatan pegawai dan staf dari semasa ke semasa
  6. Pengurusan Kualiti Organisasi (MS ISO / EKSA / SSR/ Pengurusan Risiko / Perancangan Strategik)
  7. Melaksana tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa

 

PENGURUSAN PKG

  1. Menyelaras penggunaan premis dan kemudahan BTPN dan PKG . 
  2. Menyedia, menyelaras, memantau dan menilai Sasaran Kerja Tahunan BTPN dan PKG.
  3. Mengurus aset,inventori dan proses pelupusan.
  4. Memantau pengurusan dan pembangunan PKG.

UNIT KEWANGAN DAN PEROLEHAN

 

PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN

  1. Mengendalikan pengurusan dan mengawal urusan kewangan BTPN dan PKG.
  2. Mengurus penyediaan Anggaran Belanja Mengurus serta prestasi  perbelajaan bulanan dan tahunan BTPN dan PKG

 

PEROLEHAN

  1. Mengurus segala perolehan melalui kaedah pembelian terus dan sebut harga yang dilaksanakan oleh BTPN-PKG
  2. Menyediakan laporan berkaitan perolehan secara sebut harga kepada BTP/BPPA

UNIT PEMBESTARIAN SEKOLAH

INISIATIF ICT

  1. Mengurus, memantau,  menyenggara infrastruktur  ICT, rangkaian dan aplikasi sistem BTPN, PKG dan sekolah.
  2. Mengurus, memantau perolehan dan penggunaan  ICT.
  3. Memantau perlaksanaan sistem keselamatan ICT dan data di BTPN , PKG dan sekolah.
  4. Mengurus dan memberi khidmat sokongan teknikal  kepada BTPN,  PKG dan sekolah.
  5. Memantau dan memberi khidmat bantu aplikasi  pendidikan.
  6. Mengurus pembangunan dan penyediaan hosting.

 

PEMBESTARIAN SEKOLAH

  1. Memantau dan melapor pelaksanaan dasar pembestarian pendidikan.
  2. Memberi khidmat bantu dalam pelaksanaan pembestarian pendidikan.
  3. Menyelaras penilaian pencalonan bagi Anugerah Guru dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) serta Anugerah Pemimpin dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

UNIT PENGURUSAN SUMBER PENDIDIKAN

PROGRAM NILAM

  1. Merancang, memantau, menyelaras, menilai dan menambahbaik program gerakan membaca.
  2. Mengurus pangkalan data  pusat sumber sekolah dan  program galakan membaca.

 

PUSAT SUMBER

  1. Merancang dan melaksanakan kemajuan Pusat Sumber Sekolah.
  2. Memberi bimbingan dan khidmat nasihat kepada guru dalam hal yang berkaitan dengan penggunaan dan pengurusan pusat sumber sekolah
  3. Merancang dan mengurus pembangunan Pusat Sumber BTPN dan PKG dari segi kemudahan fizikal dan koleksi (bahan cetak) serta perkhidmatan yang disediakan.
  4. Merancang dan menyelaras program / projek / aktiviti berkaitan dengan Pusat Sumber Sekolah, Literasi Maklumat, Jejak Maklumat dan sebagainya  di peringkat negeri.
  5. Menyelaras dan memantau perolehan dan pengedaran BBT dan BBM di peringkat negeri

UNIT MEDIA DAN INOVASI PENDIDIKAN

MEDIA PENDIDIKAN

  1. Memantau serta memberi khidmat nasihat kepakaran terhadap penggunaan teknologi pendidikan terkini kepada pegawai di PTPB, PKG dan sekolah.
  2. Menyelaras, memantau, dan mengedar bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi pendidikan.
  3. Melaksanakan penghasilan dokumentasi untuk e-buletin, papan cerita, video and pengimejan untuk menyokong pengajaran dan pembelajaran
  4. Menghasilkan modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi pendidikan.
  5. Mengumpul dan membuat pelaporan pelaksanaan penyebaran bahan BBM

 

 

INOVASI PENDIDIKAN

  1. Melaksanakan promosi, bimbingan dan galak guna resos dan pembelajaran
  2. Merancang, mengurus, melaksana Program Inovasi BBM berasaskan Bahan teknologi bagi P&P.
  3. Mengenalpasti teknologi terkini bagi pedagogi dan menyebarkannya kepada semua guru.
  4. Memberi perkhidmatan teknikal penggambaran dan liputan aktiviti BTPN
  5. Merancang, mengurus , melaksana dan memantau penyenggaraan peralatan penyiaran dan elektronik BTPN, PTPB dan PKG
  6. Memantau serta memberi khidmat nasihat kepakaran terhadap penggunaan peralatan penyiaran dan teknologi tinggi kepada pegawai teknikal di PTPB / PKG

UNIT PENINGKATAN KAPASITI DAN PROFESIONALISME

LATIHAN

  1. Merancang, mengurus dan menilai program latihan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari setahun untuk meningkatkan kompetensi staf BTPN dan PKG.
  2. Mengurus kompetensi matriks staf BTPN dan  PKG.
  3. Merancang, mengurus dan menilai program pengurusan perubahan bagi pembestarian sekolah bagi staf dan pihak berkepentingan
  4. Merancang, mengurus dan menilai program latihan bagi Guru Perpustakaan dan Media, Guru Penyelaras Bestari dan Juruteknik komputer sekolah.

 

KAJIAN DAN PENILAIAN

  1. Menyelaras, melaksana dan melapor kajian dan penilaian terhadap penggunaan dan  perkhidmatan teknologi pendidikan.
  2. Mengumpul dan menyelaras maklumat inovasi dan kreativiti guru di sekolah dan memberi khidmat bantu
  3. Merancang, mengurus mengawal segala aktiviti yang berkaitan  dengan Sistem Pengurusan Kualiti BTPN

Sky Bet by bettingy.com

JE Background