PELAKSANAAN MAJLIS ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH PERINGKAT NEGERI PERAK 2017

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

            Ketua Penolong Pengarah BTPN Perak iaitu En. Moktar Bin Wahid merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua rakan-rakan BTPN dan PKG, samada yg berada di barisan hadapan, yg di belakang tabir, mengambil gambar, merakam video, menguruskan kedatangan VIP, menjaga pameran, bungkus hadiah, hulur hadiah, yang menguruskan pengangkutan lori, yang memandu kenderaan pejabat, mereka bentuk banner, yang menyediakan surat menyurat, yang mencari sumbangan, yang menyediakan Perkhidmatan PBSM, yang menguruskan jemputan, yang mencari sekolah untuk persembahan, yang mencurahkan idea dan yang tiada ruang memberi sumbangan tetapi tetap mendoakan sebagai kejayaan pelaksanaan majlis anugerah APS Perak 2017.

               Beliau merakam rasa  bangga beliau berikut  menjadi sebahagian dari pasukan hebat ini dan berkongsikan rasa bangga tersebut kepada semua yang hadir, apabila para jemputan yang hadir telah memuji kelancaran, ketelitian dan kemeriahan majlis tersebut. Beliau berharap kerjasama ini dapat diteruskan disamping kefahaman dan kebersamaan dikekalkan.

                 Berikut dibawah gambar kenangan majlis tersebut:

Post Author: admin